foto – Latihan Formasi Membabitkan Aset Udara ATM sempena Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR — Sekitar formasi  juruterbang helikopter dan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melaksanakan latihan operasi dan persiapan bagi sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan baru-baru ini  memaklumkan pasukan itu akan melakukan koordinasi Terbang Lintas Hormat dan Segmen Udara melibatkan pesawat udara milik ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu pesawat milik TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut, sempena sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini.

“Latihan itu turut melibatkan pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sepanjang tempoh latihan persiapan sehingga hari sebenar, pesawat terlibat akan melaksanakan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal,” menurut kenyataan itu.

 

helikopter milik TUDM dan TD ketika melewati menara 118
antara aset milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia
Pesawat angkut milik TUDM

Pesawat Pengangkut milik TUDM ketika membelah angkasa Kuala Lumpur
Pesawat Pejuang milik TUDM ketika membelah angkasa Kuala Lumpur
Antara formasi yang diperlihatkan ketika latihan

BBerkaitan

Latest articles