Fitnah Peroleh Tanah 600 Juta, Vincent Tan Tuntut Sanusi Mohon Maaf Terbuka, Pampasan RM200 Juta

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfitnah kononnya wujud skandal antara Berjaya Corporation Berhad dan Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengundang padah apabila Tan Sri Vincent Tan mengemukakan tindakan perundangan.

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad dan Berjaya Land itu menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta dari Menteri Besar Kedah itu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), membuat beberapa siri dakwaan berkaitan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Dakwaan itu dilemparkan Muhammad Sanusi ketika Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, minggu lalu.

Dalam ucapannya, Muhammad Sanusi
mendakwa wujud skandal antara Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan Vincent untuk melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, Muhammad Sanusi yang menggelar Vincent sebagai tauke mendakwa, pengasas Berjaya itu akan memperoleh tanah 600 hektar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan negeri sekitar RM180 juta.

Dakwaan-dakwaan tersebut telah ditolak dengan tegas oleh Berjaya Land dah hujah penuh diterbitkan melalui kenyataan akhbar pada 4 Ogos 2023 untuk membetulkan kenyataan palsu yang dibuat oleh Sanusi.

Menurut Berjaya, satu surat tuntutan firma guaman mewakili Vincent dan Berjaya Land telah dikemukakan kepada Sanusi dan tindakan undang-undang akan diambil jika beliau gagal memenuhi lima tuntutan menjelang esok.

Dalam pada itu kenyataan media yang sama memaklumkan bahawa Vincent dan Berjaya Land telah membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi dan blogger yang terbabit iaitu Murray Hunter, Badrul Hisham Shahrin (lebih dikenali sebagai Chegubard) dan Raja Petra Kamaruddin.

“Kenyataan-kenyataan yang defamasi ini telah mencemar integriti, reputasi dan imej saya serta Berjaya Land Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta insiatif dermawan yang sah,” kata Vincent.

BBerkaitan

Latest articles