Exco Pulau Pinang Cedera selepas diserang lelaki dipercayai mabuk

GEORGETOWN: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengalami kecederaan selepas didakwa diserang seorang lelaki, Jumaat lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah kedai di Tanjung Bungah dekat sini apabila seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali menghampiri dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.

Ekoran kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun berkenaan cedera pada buku lali dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini lapor portal Utusan

Difahamkan, suspek kejadian berada dalam keadaan mabuk dan dilihat berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum menghampiri dan menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung kes itu.

Katanya, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,513FollowersFollow
20,100SubscribersSubscribe

Terkini