Edar 300 Jalur Gemilang semarak sambutan Hari Kebangsaan

PETALING JAYA, 1 Ogos: Sebanyak 300 Jalur Gemilang diagihkan kepada penduduk di Petaling Jaya bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata pemberian jalur Gemilang juga dibuat berikutan melihat semangat patriotik segelintir rakyat semakin berkurangan.

“Ada yang enggan dan malu untuk terima sungguhpun diberikan jalur gemilang secara percuma.

“Kita mahu kembalikan zaman tahun 80 dan 90-an supaya bendera-bendera jalur gemilang dikibarkan di kedai-kedai dan rumah-rumah,” katanya pada sidang media selepas mengedarkan 300 bendera Jalur Gemilang cecara percuma Oleh PMSP dengan usaha sama RS PARK SDN BHD sempena Bulan Kemerdekaan.

Mengulas lanjut, Ramesh berkata program pengedaran Jalur Gemilang itu akan diteruskan di tempat-tempat lain.

“Kita ada 1,000 lagi Jalur Gemilang yang akan diedarkan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ramesh berkata semangat patriotik rakyat semakin berkurang selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada 2018.

Beliau berkata ketika gabungan itu memerintah kerajaan, PH banyak membuat dakwaan negara muflis dan bankrap.

“Kita mahu rakyat kembali sayangi negara Malaysia ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles