Dua tentera cedera bergaduh akibat salah faham

TEMERLOH: gara-gara tidak berpuasti kerana bunyi motor Dua anggota tentera cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di Kem Tentera Batu 3, Mentakab dekat sini, 9 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat di dalam sebuah bilik di kem terbabit.

Pada masa yang sama, katanya suspek dipercayai menghidupkan motosikal dan membunyikan enjinnya dengan kuat.

“Mangsa menegur perbuatan suspek namun perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati suspek sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

“Mangsa didakwa menggunakan kayu untuk menyerang suspek manakala suspek bersenjatakan parang,” katanya yang memaklumkan kedua-dua anggota tentera itu berpangkat Sarjan.

Katanya, akibat kecederaan yang dialami, mangsa memerlukan beberapa jahitan dan dimasukkan ke wad di HOSHAS untuk rawatan lanjut.

Yahaya berkata polis merekodkan keterangan daripada kedua-dua lelaki itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

BBerkaitan

Latest articles