ATM Komited Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR ~~ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya ujar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang

Katanya ATM sentiasa meletakkan anggota dan asetnya pada kesiagaan utama untuk di
aturgerakkan ke lokasi-lokasi terjejas di samping membantu Pihak Berkuasa Awam dan agensi-agensi keselamatan lain yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“ Pada masa kini, kesiagaan anggota dan aset ATM melalui pelaksanaan OPERASI MURNI (OP MURNI) yang digerakkan oleh Tentera Darat Malaysia memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Afendi lagi berdasarkan situasi semasa, seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan telah diaturgerakkan

“ Ianya bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan manga banjir, penyediaan dan pengagihan makanan, liason officer di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan telah mengaturgerakan aset-aset seperti trak 3, 5 dan 7 tan, land rover, bot tempur serta aset udara dari TUDM apabila diperlukan.”

“ ATM juga sentiasa bersedia dengan kekuatan 1 Kompeni iaitu 5 Peg dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

Ini termasuklah dalam menyegerakan pelaksanaan proses pemindahan serta bantuan-bantuan lain katanya

BBerkaitan

Latest articles