Anwar: Usul ditolak Dewan Rakyat tak batalkan MOU k’jaan-PH

Pakatan Harapan (PH) menganggap perjanjian persefahaman gabungan itu dengan kerajaan tidak terbatal dengan gagalnya usul melanjutkan penguatkuasaan salah satu subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 – atau Sosma – di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata dia mengikuti perjalanan sidang berkenaan walaupun masih menjalani kuarantin kendiri kerana positif Covid-19.

Katanya dia menegaskan sekali lagi memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu tidak terbatal.

“Seperti yang dijelaskan beberapa ahli parlimen, usul itu bukan sebahagian daripada MOU di antara kerajaan dan PH.

“Penolakannya tidak mendatangkan kesan sama sekali kepada perjalanan MOU tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam usul dibawa kerajaan gagal sokongan mencukupi apabila undian pembangkang mengatasi sokongan wakil kerajaan.

Usul itu ialah bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Sosma bagi membolehkan polis menahan seseorang suspek selama 28 hari tanpa perlu membawanya ke mahkamah.

Selepas undian dikira terdapat 84 ahli parlimen bersetuju dengan cadangan tersebut namun ada 86 ahli parlimen yang menolaknya.

Ini menyebabakan beberapa Pemimpin Kerajaan beranggapan PH Sudahpun melanggar pemeterian MOU yang mereka tandatangani lalu

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan Perkara 3.3(b) dalam MoU menyatakan bahawa PH bersetuju akan mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam sebarang usul yang dikemukakan oleh kerajaan, bermakna mereka berjanji tidak akan menolak usul kerajaan.

“Namun hari ini 23 Mac 2022, PH telah melanggar MoU tersebut, dengan secara mengejut meminta undi belah bahagi bagi satu usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di mana PH telah mengundi menolak usul tersebut.

“Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MoU berkenaan,” katanya

BBerkaitan

Latest articles