Anwar Jawab Isu Liberal International, PKR Tak Pernah Jadi Ahli

KUALA LUMPUR: PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa, Liberal International seperti yang dituduh pelbagai pihak.

Tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar, partinya enggan mengikut dasar organisasi berkenaan apabila ia mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan rejim Israel.

Bagaimanapun PKR pada awalnya hanya menjadi rakan sekutu kepada organisasi berkenaan.

Anwar juga mengesahkan beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Liberal International di Kaherah, Mesir, yang turut disertai ketua parti pembangkang di Mesir ketika itu, Ayman Nour; wakil Ikhwan al Muslimim (Muslim Brotherhood) Mahdi Akif, dan Mohamed Morsi (sebelum beliau menjadi Presiden Mesir).

“Soal Liberal international, Yang Berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota.

“Kita pada peringkat awal (menjadi) associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian (menyokong) Israel, kita tidak menjadi ahli,” jawab Anwar dalam Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta penjelasan samada PKR pernah menjadi ahli Liberal International yang jelas menyokong rejim Israel.

Sejak beberapa hari lalu, PKR dihimpit dakwaam bahawa ia menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa yang turut dipercayai ada kaitan menyokong Israel.

Liberal International adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada 1947 dan menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

Bahkan parti itu turut meminta Liberal International menurunkan nama dan logo PKR di laman web rasminya.

Baru-baru ini, semakan di laman web rasmi Liberal International mendapati tiada lagi nama dan logo PKR dipaparkan.

BBerkaitan

Latest articles