Anwar Gesa Pemimpin, Negara Islam Terus Beri Tekanan Kepada Israel

KUALA LUMPUR: Susulan perkembangan yang semakin memburuk membabitkan konflik Palestin dan Israel, Malaysia mengajak pemimpin-pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia akan terus menggunakan semua platform termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk tujuan itu.

“Saya telah menghubungi beberapa pemimpin Islam untuk menyatakan kita sedia menyokong sama ada menerusi OIC atau juga rencana lain bagi memberi tekanan supaya tekad kegilaan dan kezaliman ini dihentikan.

“Dengan ini, saya memutuskan tambahan permulaan dana daripada kerajaan sebanyak RM10 juta dan saya mahu pastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan ucapan terima kasih kepada sidang dewan dalam memberi sokongan dan muafakat melahirkan rasa mual ke atas tindakan Israel ke atas Gaza.

“Tapi perkembangan mutakhir lebih membimbangkan Isreal telah mengambil keputsuan untuk mengepung seluruh kawasan Utara Gaza dan tindakan ganas dan biadab ini tentu akan menjejaskan kehidupan mereka,” tambahnya.

Sehingga Khamis, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan, sebanyak 1,537 rakyat Palestin terkorban di Gaza akibat peperangan.

Jumlah berkenaan termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan udara balas dendam pada hari Sabtu.

BBerkaitan

Latest articles