Anthony Umum Pertahan DUN Chennah, Dakwaan Ke Pulau Pinang Tak Benar

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan mengesahkan bahawa beliau akan mempertahanlan kerusi Dewan Undangan. Negeri (DUN) Chennah dalam Pilihan Raya. Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Beliau turut memberi jaminan komitmennya terhadap tugas-tugas Persekutuan sama sekali tidak akan terjejas sepanjang tempoh berkempen nanti.

​”Saya pun dah membuat keputusan, parti bersetuju, saya juga akan masuk gelanggang pada pilihan raya negeri ini!

​”Depan Perdana Menteri saya sebut, saya tak pohon cuti sebab saya akan kekal bertugas sebagai Menteri Pengangkutan. Saya tak akan ponteng Parlimen.

“Tetapi saya akan berkempen bersungguh-sungguh pertahankan kerajaan PH Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan di Karisma Arena, Seremban, malam ini.

​Majlis pelancaran jentera tersebut yang dihadiri Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan pimpinan tertinggi parti komponen, serta jentera pilihan raya negeri.

Pengumuman itu sekaligus menepis spekulasi kononnya Anthony berkemungkinan berpindah gelanggang politik ke Pulau Pinang dan seterusnya mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dakwaan itu dilaporkannoleh beberapa media berbahasa Cinayamg mengaitkan ia dengan usaha menyelesaikan kemelut dalaman DAP Pulau Pinang yang dikatakan semakin ketara, membabitkan kem yang menyokong Chow serta kumpulan yang rapat dengan Penasihat DAP, Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Loke mula mencipta nama dalam politik Negeri Sembilan apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak pada 2004.

Beliau kemudian beralih ke DUN Chennah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 dan berjaya mengekalkan penguasaan kerusi itu dalam dua pilihan raya berikutnya.

BBerkaitan

Latest articles