Anggota TUDM Maut, Dua Lagi Cedera Dalam Latihan Bom Lempar

KUALA LUMPUR: Sesi latihan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan hari ini, berakhir dengan tragedi selepas salah seorang darinya maut.

Insiden berlaku akibat bom lempar meletup secara tiba-tiba.

TUDM, dalam satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut, sambil menambah kejadian berlaku pada jam 12.10 tengah hari ketika anggotanya sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) di Tapak Latihan Grenade Asas di kem tersebut.

Katanya, anggota terbabit meninggal di lokasi kejadian manakala jurulatih yang mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota TUDM yang terlibat dan menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” kata kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, TUDM akan menubuhkan Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Terkini seeorang lagi mangsa, iaitu Jurulatih bagi latihan berkenaan, dilaporkan meninggal dunia

Menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Mendapat perkhabaran duka kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang tadi.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

“Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuanNya jua,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles