PRN Melaka: SPR Adakan Mesyuarat Khas 7 Oktober

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober ini bagi mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16

Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Ramlan Harun, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Rabu lalu.

Katanya, antara perkara utama yang akan diputuskan ialah tarikh pengeluaran Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian, selain menentukan Daftar Pemilih yang akan digunakan.

“Mesyuarat khas ini turut membincangkan persiapan lain bagi memastikan PRN Melaka ke-16 dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SPR akan mengadakan sidang media sejurus mesyuarat khas itu selesai bagi memaklumkan keputusan dan tarikh penting berkaitan PRN Melaka.

DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa Rabu lalu selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan perkara itu pada Selasa susulan mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

BBerkaitan

Latest articles