Helios Solar Ag Ambil Alih Aurora Solar City Pada Harga EUR1

KUALA LUMPUR: Helios Solar Ag mengumumkan mengambil alih Aurora Solar City Sdn Bhd dengan nilai pertimbangan pembelian hanya EUR1 (sekitar RM4.72).

Aurora Solar City merupakan sebuah syarikat dorman yang kemudiannya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Maming Property Management Sdn Bhd pada 28 Ogos 2026 bagi meneroka kerjasama dalam pembangunan perumahan dan komersial di Malaysia, Kemboja serta Kazakhstan.

Menerusi MoU berkenaan, Aurora Solar City akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pembangunan projek, termasuk aspek pembiayaan serta mendapatkan semua kelulusan, permit dan lesen yang diperlukan daripada pihak berkuasa awam di Malaysia, Kemboja atau Kazakhstan.

Pada masa sama, Maming Property Management akan dilantik sebagai perunding pengurusan projek bagi pembangunan yang dicadangkan.

Menurut pengumuman itu, MoU berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham diterbitkan dan berbayar syarikat atau struktur pegangan saham pemegang saham utama.

Ia juga dijangka tidak memberi kesan terhadap pendapatan serta aset bersih syarikat dan kumpulan bagi tahun kewangan 2026.

Lembaga pengurusan syarikat selepas mempertimbangkan cadangan MoU itu berpandangan bahawa kerjasama berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

MoU tersebut dilihat membuka ruang kepada Aurora Solar City untuk meneroka peluang pembangunan hartanah merentasi tiga pasaran, khususnya Malaysia, Kemboja dan Kazakhstan.

BBerkaitan

Latest articles