Pelajar Tingkatan 2 Cedera Ditusuk Kerambit Oleh Rakan Sekelas

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mengalami kecederaan ringan selepas ditusuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelasnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Shah Alam, 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Sarudin Samah, berkata kejadian membabitkan seorang pelajar perempuan sebagai suspek dan mangsa lelaki yang merupakan rakan sekelas.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian lengan dalam kejadian berkenaan.

“Suspek sudah ditahan dan kemudian diberikan jaminan polis.

“Tiada tujuan atau motif dikenal pasti setakat ini dan suspek dipercayai kurang sihat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

BBerkaitan

Latest articles