PKR Tangguh Kongres Tahunan, Fokus Hadapi PRN Johor, N. Sembilan

BATU PAHAT: PKR menangguhkan penganjuran Kongres Tahunan parti itu bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlangsung di Batu Pahat pada Sabtu.

Menurut beliau, kongres yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun dan kemudian dijadualkan semula pada 14 hingga 16 Ogos 2026 akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, lokasi penganjuran kekal di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Fahmi menjelaskan, langkah penangguhan itu dibuat bagi memberi ruang kepada jentera parti, khususnya di Johor dan Negeri Sembilan, memperkukuh gerak kerja serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang PRN yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Biro Politik turut meluluskan pelantikan Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR.

Katanya, pelantikan tersebut bertujuan memperkasakan struktur kepimpinan parti di peringkat pusat sekali gus memperkukuh keberkesanan organisasi dan pelaksanaan agenda parti.

BBerkaitan

Latest articles