PAS Tunggu Keputusan Majlis Syura Isu Hubungan Dengan Bersatu

KOTA BHARU: PAS belum membuat keputusan muktamad berhubung hala tuju kerjasama politik dengan Bersatu apabila perkara itu akan terlebih dahulu dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk penelitian lanjut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, segala keputusan berkaitan hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) hanya akan diputuskan selepas laporan penuh dibentangkan kepada badan tertinggi parti itu.

Menurut beliau, Majlis Syura Ulama akan meneliti perkara berkenaan sebelum sebarang ketetapan rasmi dibuat oleh kepimpinan PAS.

“Daripada situ nanti keputusan akan dibuat,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan memberi bayangan bahawa parti itu sedang menilai semula kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Abdul Hadi turut memberi amaran bahawa kesabaran PAS mempunyai batas selepas mendakwa beberapa tindakan Bersatu dilihat tidak menghormati semangat setia kawan dalam gabungan PN.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk perkembangan politik di Negeri Sembilan, selain rasa tidak puas hati terhadap situasi di Perlis yang menyaksikan jawatan Menteri Besar beralih kepada Bersatu.

Beliau juga dikatakan tidak senang dengan campur tangan berkaitan pelantikan exco di Kedah serta jawatan Timbalan Speaker di Kelantan yang didakwa menjejaskan hubungan antara kedua-dua parti.

BBerkaitan

Latest articles