Pemandu Van Persiaran Positif Dadah Ditahan Selepas Terbabit Kemalangan

ALOR GAJAH: Seorang pemandu van persiaran ditahan polis selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah susulan kemalangan di Kilometer 212 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ahmad Abubakar memaklumkan lelaki berusia 55 tahun itu tidak mengalami kecederaan, namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke mahkamah majistret hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Kenderaan berkenaan membawa lapan penumpang warga India, dengan tiga daripadanya mengalami kecederaan, termasuk seorang lelaki berusia 52 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berumur 9 dan 13 tahun.

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Melaka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles