Jika Dakwaan Mengenai Video Tular Itu benar, MPP Yang Terlibat Akan Dipecat Serta Merta – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, — Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, hari ini mengarahkan siasatan segera dijalankan susulan penularan satu video yang dipercayai berlaku di Wangsa Maju dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang turut menggesa laporan polis telah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dimulakan serta-merta oleh pihak berkuasa.

“Sekiranya dakwaan ini terbukti benar, ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang terlibat akan dipecat serta-merta tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam satu kenyataan.

Hannah menegaskan pendirian kementerian adalah jelas, iaitu tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk amalan wang perlindungan atau kegiatan orang tengah yang menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, orang ramai digesa tampil menyalurkan maklumat atau membuat aduan kepada Unit Integriti Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat sebarang salah laku.

Menurut beliau, kerjasama antara JWP dan SPRM turut diperkukuh bagi memastikan setiap aduan disiasat secara telus serta tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.

Orang ramai boleh mengemukakan aduan melalui portal rasmi JWP, SPRM dan DBKL bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan lebih berkesan.

BBerkaitan

Latest articles