Pendakwah Terkenal Direman, SPRM Siasat Dakwaan Salah Guna Dana Awam

SUNGAI PETANI: Seorang pendakwah terkenal direman sehari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam melibatkan sebuah pusat pengajian agama terkemuka.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Fadlina Musa selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan SPRM.

Menurut sumber, pendakwah berkenaan yang juga pengasas sebuah pusat pengajian agama di daerah Kuala Muda ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, semalam.

Difahamkan, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyalahgunaan dana awam serta kutipan derma yang dikaitkan dengan pengurusan pusat pengajian tersebut.

Sumber turut memaklumkan bahawa individu terbabit sebelum ini pernah disiasat SPRM berkaitan tuduhan mengutip dana awam dan menyeleweng sebahagian sumbangan untuk kegunaan peribadi.

Pendakwah itu didakwa mengambil komisen daripada kutipan derma, yang kemudiannya digunakan bagi pembelian beberapa aset termasuk kenderaan mewah.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pertuduhan dikemukakan dan siasatan masih dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

SPRM Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung perintah reman dan perkembangan lanjut siasatan kes berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles