Kematian Wanita Ditemui Belakang Rumah Dipercayai Akibat Duit, Suami Ditahan

SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mencekik mati isterinya dalam kejadian ngeri yang dipercayai berpunca daripada masalah kewangan, sebelum mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah kosong di Jalan Pedas-Linggi, Seremban.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhammad Idzam Jaafar, memaklumkan suspek diberkas di Genting Sempah, petang tadi, hasil gerakan pantas pasukan siasatan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pertengkaran antara pasangan terbabit berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan maut akibat dicekik.

Laporan bedah siasat yang selesai hari ini turut mendedahkan unsur kekerasan melampau dengan beberapa anggota badan mangsa dipatahkan sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg dan ditanam di rumah tidak berpenghuni berkenaan.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat disahkan sepenuhnya sebagai Suri Narudin kerana keadaan muka mangsa yang hancur menyukarkan proses pengecaman.

Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BBerkaitan

Latest articles