Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Jam 1.46 Pagi Hari Jumaat

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi di usia 66 tahun.

Berita pemergian tokoh politik veteran itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan, menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H). Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulis Naim Kurniawan.

Difahamkan, Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Pemergian Bung Moktar merupakan kehilangan besar kepada landskap politik Sabah, di mana beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang dan berpengaruh, terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

BBerkaitan

Latest articles