“Datang Sabah Perlu Sopan Santun, Jangan Hina Orang, Pemimpin ‘Palui'”

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Md Nor hari ini mengingatkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak perlu datang ke negeri itu dengan membawa budaya menghina rakyat dan pemimpinnya.

Kritikan itu menyusul selepas Hamzah mengungkapkan perkataan ‘palui’ dan ditujukan kepada rakyat Sabah Ketika hadir ke sebuah program di negeri itu, baru-baru ini.

“Banyak (ramai) pemimpin dari seberang datang. Saya beritahu mereka, kalau datang mesti sopan santun. Jangan bawa perangai dari sana ke Sabah yang harmoni dan aman damai ini.

“Saya mahu beritahu Hamzah Zainudin jangan hina orang Sabah, jangan hina pemimpin Sabah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

“Kita tidak mahu pemimpin seumpama ini. Walaupun kita meraikan demokrasi, tapi budaya orang Sabah lain dengan sebelah sana (Semenanjung). Kalau sana maki hamun, makilah kamu, tapi jangan bawa ke Sabah.”

Sementara itu, Hajiji yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, menyuarakan keyakinan GRS mampu menang PRN Sabah akan datang.

“Kalau lapan parti (komponen) sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin.

“Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini,” katanya.

Katanya, GRS perlu bersatu hati walaupun berlainan pandangan.

“Walaupun berlainan pandangan, kita raikan, kita hormati. Tapi bila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles