Lelaki Mengaku Tak Bersalah Amang Seksual Anak Tiri Sebanyak Tiga Kali

KUALA LUMPUR: Seorang bapa tiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya.

Tertuduh, 45, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dia berhadapan dengan tiga pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan tirinya berusia 16 dan 21 tahun ketika kejadian yang mana hubungan tertuduh dengan anak tirinya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama untuk berkahwin.

Kesalahan itu dilakukan pada pertengahan tahun 2019, pertengahan November dan 6 Disember 2024 di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah rumah di Taman Gunung Mas dan sebuah bilik sewa di Tampin.

Berikutan itu tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung tidak menawarkan jaminan memandangkan mangsa dan tertuduh tinggal di alamat sama.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 12 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

BBerkaitan

Latest articles