Mengapa Muhyiddin, PN Takut Sangat Dengan Suhaizan?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan mengapa Perikatan Nasional (PN) risau dengan kemenangan Suhaizan Kayat sehingga tergamak mengeluarkan fatwa haram mengundi calon PH itu.

Anwar percaya tindakan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggunakan agama dalam ceramah kempen kerana masih tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya bukan lagi perdana menteri.

Anwar dalam masa yang sama menegaskan tindakan berkenaan bukan sahaja keterlaluan malah perlu dihentikan.

Dakwa beliau, pembangkang semakin tiada adab hingga mencetuskan kata-kata nista dalam ceramah mereka.

“Saya nak tanya yang sibuk-sibut takut Suhaizan menang sebab apa? Kita buat apa? Guna kuasa cari duit ke?.

“Sebut undi orang ini haram, ini apa? Kamu ini siapa?,” soal Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, pada malam tadi.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Anwar mendakwa Muhyiddin seakan-akan hilang modal apabila sering menimbulkan isu yang sama.

Baru-baru ini Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa’ mengharamkan pengundi yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.

Muhyiddin berkata, tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak menunaikan janjinya kepada rakyat.

BBerkaitan

Latest articles