Hari Mengundi Awal: Perkembangan PRN Selangor

KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus pengundi awal yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis dari Daerah Sabak Bernam keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, sejak jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, jumlah keluar mengundi itu yang dicatat setakat jam 10 pagi tadi adalah 200 orang.

“Semua anggota dan pegawai terlibat dalam proses undi awal telah datang seawal 8 pagi sejak pusat mengundi awal ini dibuka.

“Sehingga jam 10 pagi tadi, kehadiran pegawai dan anggota polis yang hadir hampir 200 orang.

“Semua petugas yang hadir dan anggota yang sedang bertugas kita akan buat secara bergilir-gilir untuk keluar mengundi,” katanya ketika ditemui di IPD Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Agus Salim dalam pada itu menjangkakan pusat mengundi awal bagi anggota keselamatan itu di IPD Sabak Bernam akan ditutup lebih awal susulan kehadiran keluar mengundi yang tinggi sejak dibuka awal pagi tadi.

“Kalau ikut undi lepas, proses undi awal ini biasanya kita dalam jam 2 petang semua pegawai anggota sudah habis keluar mengundi.

“Ini termasuk anggota yang bertukar dan lokalitinya tak sempat bertukar di tempat lain, jadi mereka datang.

“Pagi tadi ada beberapa orang pegawai dan anggota yang masih lagi berdaftar sebagai pengundi awal.

“Ada anggota kita yang baru bersara pun masih datang sebagai pengundi awal di sini,” katanya.

Menjelang hari mengundi sebenar pada Sabtu ini, Agus Salim turut menasihatkan orang ramai agar merancang lebih awal untuk keluar mengundi susulan faktor cuaca yang tidak menentu.

“Saya juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Daerah Sabak Bernam pada hari undi sebenar agar mereka keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles