Abdul Hadi Nafi Tuduh Anwar Ahli Freemason

KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, PAS tidak menafikan bahawa parti iti tidak lari dari fitnah pihak yang memusuhinya.

Ini termasuklah dakwaan kononnya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menuduh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Freemason.

Pejabat Presiden PAS bertindak membuat penafian tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

“Adalah ditegaskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, PAS tetap menolak budaya politik fitnah, janji kosong dan tuduhan palsu yang tidak berasas sama sekali.

“Benarlah pepatah Arab yang berbunyi, ‘Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu dizalimi’,” jelas kenyataan itu.

Artikel dan rakaman video yang mengandungi dakwaan Anwar terhadap Abdul Hadi itu disiarkan dalam portal SelayangPandang.net pada 23 Oktober lalu.

BBerkaitan

Latest articles