Malaysia Mampu Anjur Expo Dunia, Pantas Bawa Masuk Program Antarabangsa Pasca Pandemik

Kuala Lumpur — Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu bersaing untuk membawa program program Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) dan kejohanan kejohanan sukan antarabangsa ke Malaysia kata Stephan Fox, Naib Presiden Global Association Of International Sports (GAISF) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

Menurut Stephan, lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Ismail Sabri pada bulan Februari ke Thailand untuk bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-cha dan tindakan pantas Malaysia Convention & Exhibition Bureu (MyCeb) untuk membida telah berjaya membawa dua program antarabangsa sukan Muaythai ke Malaysia yang akan dibuat pada tahun ini juga.

” Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022 akan membawa lebih 10,000 delegasi antarabangsa ke Malaysia yang akan berada di Malaysia lebih dari 10 hari dan rancangan TV Hollywood popular sukan Muaythai The Challenger yang akan ditayangkan di saluran popular AXN ke lebih 500 juta penonton seluruh dunia akan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan destinasi MICE utama dengan kempen kempen digital khas pasca pandemik”

katanya Kedua dua program ini adalah dibawah penganjuran International Federation of Muaythai Association (IFMA) sebuah badan sukan dibawah International Olympic Committee (IOC).

Menurut Stephan lagi, Pada tahun 2014, Myceb juga telah berjaya membida penganjuran Kejohanan Muaythai Dunia yang telah dianjurkan di Langkawi yang telah memberi impak ekonomi sebanyak RM 36 juta dan memberikan lebih 900 orang peluang pekerjaan sementara ketika itu

” Industri senibeladiri dianggarkan bernilai lebih USD 10 billion dengan populariti program program seperti UFC dan One FC kempen kempen promosi pelancongan dibawah dua program ini akan memberikan manfaat kepada Malaysia.”katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Stephan yang turut memuji kecekapan Perdana Menteri dan MYceb yang bertindak pantas berkata kempen untuk membida akan mengambil masa dalam tempoh dua hingga lapan tahun sebelum mana mana program atau kejohanan dapat diadakan dimana mana negara.

“Saya berikan kredit kepada Perdana Menteri Malaysia dan MyCeb yang pantas bertindak selepas beberapa negara timur tengah telah membuat komitmen bidaan seperti Arab Saudi yang sedang agresif membida dan membawa masuk program program antarabangsa ke negara mereka.

Menurutnya lagi, dengan kejayaan ini dianggarkan Malaysia akan mendapat impak ekonomi sebanyak RM150 juta dari segi pendapatan perbelanjaan pelancongan serta pulangan publisiti dan media dengan penganjuran dua program antarabangsa ini.

Ini satu permulaan yang baik bagi Malaysia yang baru menang bidaan juga melalui MyCeb untuk menganjurkan World Union of World Healing Society (WUWHS) yang akan dianjurkan pada tahun 2026 yang akan membawa impak ekonomi sebanyak RM 108.7 juta.

Dalam pada itu, Menurut fox GAISF terpaksa membatalkan program mereka Sportaccord World Sport & Business Summit tahun ini disebabkan tuan rumah bagi tahun ini adalah Russia dan disebabkan konflik Russia dan Ukraine yang sedang berlaku maka program ini terpaksa dibatalkan.

Walau bagaimanapun beberapa negara lain pantas mengambil peluang supaya program program MICE seperti ini dapat dianjurkan di negara masing masing.

” Walaupun banyak negara telah membuka sempadan masing masing dengan syarat yang lebih mudah namun pergerakkan pelancong masih perlahan disebabkan sikap berhati hati memandangkan virus covid 19 masih berada di dalam komuniti di kebanyakkan negara.

Vietnam akan menganjurkan Sukan Sea tahun ini, Arab Saudi akan menganjurkan World Combat Games 2023, Abu Dhabi akan menganjurkan Kejohanan Muaythai Dunia, Thailand akan menganjurkan Asian Indoor and Martial Games tahun depan dan Malaysia juga tidak ketinggalan dengan kejayaan memenangi bidaan terbaru ini katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles