Politik Melaka Stabil, Tak Ada ‘Perang Dalaman’

 

Ada pihak yang kurang senang melihat kestabilan politik di Melaka, demikian menurut Naib Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaidi Atan.

Sebelum ini khabar angin mengatakan pentadbiran kerajaan Pakatan Nasional (PN) Melaka sedang bergolak dengan dakwaan tiga exco kerajaan mempertimbangkan untuk keluar dari gabungan.

Tegas Zaidi, keadaan itu tidak berlaku apatah lagi kerjasama di antara exco kerajaan dan ADUN Umno amat baik di kala negara sedang dilanda Covid-19.

Malah Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali juga memimpin kerajaan dengan baik demi manfaat rakyat negeru.

Begitu juga dengan peranan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf yang bertindak menepis serangan pihak luar yang cuba memporak-perandakan PN Melaka.

“Mengarut, mereka dah kehabisan modal. Cukuplah. Jangan asyik berpolitik saja, rakyat sudha muak. (Sebaliknya) tumpu kepada memulihkan ekonomi negeri dan pandemik Covid-19.

“Belajar dari kerajaan terdahulu yang ditolak dan akhirnya tumbang kerana asyik berpolitik. Lbeih baik bekerjasama membina dan memacu Melaka ke arah yang lebih baik,” katanya memetik laporan Harian Metro.

BBerkaitan

Latest articles