Tuanku Muhriz Terima Menghadap Ismail Susulan Peletakan Jawatan MB

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Ismail Lasim yang dilaporkan mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar, susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.

Sesi menghadap yang berlangsung di Istana Negeri Sembilan itu bermula kira-kira jam 5 petang dan berakhir pada 6.30 petang, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan setakat ini.

Perkembangan itu menyusul selepas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir, semalam mengesahkan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz.

Susulan kenyataan itu, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali, memaklumkan Istana Negeri Sembilan mengambil maklum pengumuman berhubung peletakan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan menegaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

Untuk rekod, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu.

BBerkaitan

Latest articles