Syed Saddiq Lakukan Penyamaran, Salah Guna Kuasa Dan Berniat Jahat – Exco Armada

Selepas beberapa siri kekecohan yang berlaku di dalam parti Bersatu, hari ini Exco ARMADA pula mendakwa Syed Saddiq telah menggunakan nama parti serta mencampuri urusan dalaman parti.

Exconya, Mohd Muzammil Ismail berkata, sidang media Syed Saddiq semalam bertujuan untuk mengelirukan ahli parti, ahli ARMADA, melakukan penyamaran, salah guna kuasa dan berniat jahat.

” ARMADA mengecam sidang media yang dibuat oleh pihak YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan sebahagian kerana mereka memutarbelitkan perlembagaan parti, memberi tafsiran yang berniat jahat dan membelakangi keputusan parti”

Katanya Hampir sebahagian senarai nama yang di keluarkan pimpinan armada di nafikan oleh penam-penama tersebut tidak menyokong apa keputusan yang telah dikeluarkan oleh parti BERSATU

Amatlah tidak logik, bagi Ahli Parlimen Bersatu tidak menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang parlimen pada 18 Mei 2020. tambahnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Muzammil lagi  ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menggunakan nama parti dan mencampuri urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)”.

BERSATU MUAR BUAT PEMBETULAN KENYATAAN MEDIA

Mengulas mengenai keputusan MPT untuk keluar dari Pakatan Harapan, Muzammil berkata  ianya adalah keputusan majoriti majlis pimpinan tertinggi parti itu.

“Keputusan keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah keputusan majoriti Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23 Februari yang lalu katanya lagi.

“Keputusan itu turut diakui Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Perutusan Perdana Menteri Interim yang menyebut bahawa Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin menegaskan bahawa Bersatu adalah milik semua ahli parti dan bukan milik mana-mana ahli yang berkepentingan.

“Pelaksanaan ‘rule of law’ perlembagaan Bersatu mestilah dipatuhi dan tiada sesiapa yang akan dikecualikan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles