Covid-19 : Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

Sebuah restoran yang ada sejarah tersendiri iaitu menghidangkan sajian tradisional Hainan dan Hokkien sejak 85 tahun lepas di Georgetown, Pulau Pinang akhirnya terpaksa ditutup terus ekoran terjejas kerana wabak Covid-19.

Nama restoran See Kong Ooi yang cukup sinonim di ibu negeri Pulau Mutiara itu tidak lagi mampu menanggung beban kos akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan menyebabkan pemiliknya ketika ini, terpaksa membuat keputusan sukar menghentikan perniagaan sejak ia mula beroperasi pada tahun 1936.

Menurut pemiliknya iaitu generasi ketiga keluarga Tan, iaitu seorang arkitek yang kini menjadi chef, Peter Tan, restoran itu yang terletak di Jalan Transfer sudah mula ditutup sejak bermulanya PKP pada bulan Mac lepas.

“Pelanggan biasanya akan makan di kedai kerana masakan kami sedap dimakan selepas dimasak dan masih panas.

“Ramai pelangggan kami datang untuk rasa masakan kami yang asli tambahan pula dengan suasana nostalgia bangunan lama tempat kami beroperasi,” katanya menurut laporan portal The Star.

Tan berkata, pelanggan restorannya menyukai hidangan seperti Udang Assam, Kangkung Sambal Belacan dan Kari Assam Ikan.

BACA JUGA – Roti Canai Jadi Makanan Pilihan Utama Sepanjang PKP Ini

Katanya, ketika hari-hari yang sibuk restoran itu akan dikendalikan oleh 14 orang pekerja, antaranya chef, pembantu dapur dan dirinya sendiri.

Nama restoran itu diambil sempena nama sebuah tasik di China, katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Federasi Pemilik Kedai Kopi Foochow, Toon Koon Ku berkata, kira-kira 40 peratus ahlinya kini menghentikan perniagaan sementara kerana tidak mampu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan juga tidak mahu mengambil risiko ketika wabak pandemik ini merebak.

“Mereka mahu menunggu peraturan PKP ini ditarik balik dan mereka akan memulakan kembali operasi perniagaan mereka.

“Jika keadaan ini berterusan, banyak kedai-kedai kopi tidak mampu untuk menampung kos tinggi operasi dan mungkin akan menamatkan perniagaan mereka,” katanya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles