Warga Setiawangsa Redha Belum Boleh Solat Jumaat Kerana Masih Zon Kuning

Warga kariah dalam Parlimen Setiawangsa di bawah Masjid Muadz bin Jabal hari ini masih belum boleh menunaikan Solat Jumaat kerana kawasan Setiawangsa masih di dalam zon kuning kerana jangkitan wabak Covid-19 agak tinggi di situ.

Dalam sidang media pengumuman khas semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan bahawa semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka untuk solat Jumaat dan solat berjemaah hari ini.

BACA JUGA – Kerajaan Benar Solat Jumaat, Jemaah Di Masjid, Surau Di Zon Hijau WP

Tinjauan The Rakyat Insight di masjid berkenaan mendapati kira-kira 50 orang jemaah hadir bersilih ganti dengan memakai pelitup mulut dan hidung serta membawa sejadah pulang semula ke rumah selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan masjid ia masih ditutup.

Di hadapan pintu utama masjid juga diletakkan notis berkenaan serta senarai masjid yang berada di zon hijau dan zon kuning yang masih ditutup.

Senarai masjid di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sudah berada dalam zon hijau.

Kebenaran yang diberikan kerajaan pada hari ini ialah untuk solat berjemaah dan solat Jumaat dengan penggunaan kapasiti satu pertiga keluasan maksimum dewan solat utama sahaja.

Masjid Muadz bin Jabal agak unik kerana ia terletak berdekatan sempadan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor serta ada dua masjid agak berhampiran di dua negeri berbeza hanya dipisahkan melalui satu simpang sahaja.

Ke kanan ialah Masjid Al-Ansar di Taman Keramat, Selangor dan Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa dalam Kuala Lumpur.

Notis yang ditampal pengurusan masjid memberitahu Masjid Muadz bin Jabal masih belum dibuka.

Hari ini di kebanyakan negeri, sudah mula berlangsung solat Jumaat kali pertama selepas lebih tiga bulan atau 11 minggu masjid ditutup dari dilaksanakan solat Jumaat kerana wabak Covid-19.

BBerkaitan

Latest articles