Walaupun Teruk Dikecam Dunia, Israel Terus Zalim Serang Palestin

Serangan kejam rejim Zionis yang menyasarkan orang Islam Palestin di Gaza masuk minggu kedua. Walaupun, Tel Aviv menerima kecaman hebat dan serangan daripada netizen antarabanga, mereka tidak mengendahkannya malahan terus mengganas.

Beberapa jam sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sudah membayangkan bahawa tidak ada penghujungnya malahan serangan akan dilakukan dengan lebih hebat.

Roket dan serangan udara bertalu-talu jatuh di bumi Gaza, menimpa orang awam tidak berdosa.

Akibatnya, bukan sahaja bangunan dan rumah kediaman ranap, malah angka korban juga meningkat dalam kalangan warga Palestin.
Di Gaza, para pegawai sifatkan, serangan terbaharu di adalah paling buruk sejak konflik berlanjutan sekian lama.

Di pihak tentera Israel pula, mereka membalas serangan Hamas dan menumpukan kepada lokasi operasi serta yang didiami pasukan pejuang itu dengan matlamat menghapuskan mereka sepenuhnya.

Serangan dan kekejaman Israel turut merebak ke bandar-bandar lain di mana protes yang berlarutan bertukar ganas dan berdarah.
Antaranya di Tebing Barat, berlaku pertelingkahan antara tentera dan penduduk awam serta berakhir dengan kematian.

Sehingga Ahad, angka korban akibat serangan zionis hampiri 200 orang, termasuk lebih 50 kanak-kanak.

Lebih 30 wanita dengan lebih 1,200 individu pula cedera.

BBerkaitan

Latest articles