Rain Rave Meriah, Tetapi Tidak Gambarkan Budaya Malaysia – Pempengaruh Australia

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh pelancongan dari Australia menyifatkan Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang sebagai sebuah acara hiburan yang meriah dan teratur, namun berpendapat ia masih belum benar-benar menonjolkan identiti budaya Malaysia secara menyeluruh.

Pempengaruh dikenali sebagai Roman Travel di TikTok itu berkata, beliau hadir sendiri ke festival berkenaan selepas melihat pelbagai perdebatan dan reaksi netizen mengenai acara tersebut di media sosial.

Menurutnya, dari sudut penganjuran, festival itu dilihat berjaya menarik perhatian ramai dengan suasana yang meriah, sistem pengurusan yang baik serta persembahan muzik yang bertenaga.

“Acara itu dianjurkan dengan baik. DJ bagus, persiapan tersusun dan pengunjung pula nampak benar-benar menikmati pengalaman tersebut,” katanya menerusi satu perkongsian video di laman tik toknya.

@romantravels There’s been a lot of mixed opinions about the Rain Rave Water Music Festival 🇲🇾… So I went to see it for myself 👀 And honestly, I can see both sides. The event itself was actually well done. Good DJs, solid setup and for the people that were there, looked like they were having a really good time. But for me personally… something just felt a bit off. I’ve been living in Malaysia for about 9 months now and one of the things I’ve really come to appreciate is the culture here. And being at the event, it just didn’t feel very Malaysian to me – the rave aspect was overshadowed by the rest of the event. I also think part of it comes down to perception. The name leans into the whole “rave” vibe and a lot of the content you see online from people focuses on that side of things and misses the cultural part of the event. So it ends up feeling like a bit of a mismatch between what it could be… and what it feels like. Not sure if a Rave in Malaysia feels aligned with the country but that’s just me, maybe I’m just too old 😅😂 That’s my thoughts and experience on the event – curious what you think about it. #visitmalaysia2026 #malaysia #festival #travel #explore ♬ Beauty And A Beat – Justin Bieber

Bagaimanapun, beliau mengakui secara peribadi merasakan acara tersebut lebih menampilkan budaya pesta moden berbanding elemen tempatan yang sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan budaya.

Roman berkata, selepas hampir sembilan bulan berada di Malaysia, beliau mula memahami dan menghargai keunikan budaya negara ini yang menurutnya menjadi antara kekuatan utama sektor pelancongan tempatan.

Namun katanya, pengalaman di festival berkenaan tidak memberikan gambaran yang sama seperti yang pernah dirasainya ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri.

“Saya rasa perkara yang menjadikan Malaysia istimewa ialah kepelbagaian budaya itu sendiri. Tetapi ketika berada di acara ini, elemen rave lebih dominan berbanding identiti budaya tempatan,” katanya.

Beliau turut berpandangan persepsi masyarakat terhadap festival tersebut mungkin dipengaruhi oleh pendekatan promosi dan kandungan media sosial yang lebih menonjolkan suasana pesta berbanding unsur kebudayaan.

Dalam pada itu, Roman mencadangkan supaya Malaysia mempertimbangkan penganjuran festival budaya moden berskala besar yang menggabungkan elemen tradisional dan hiburan kontemporari sebagai produk pelancongan baharu negara.

Katanya, festival seperti itu boleh menampilkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum pada waktu siang sebelum diteruskan dengan persembahan muzik moden pada sebelah malam.

“Sebuah ruang yang membolehkan pelancong dan rakyat tempatan benar-benar merasai pengalaman Malaysia dalam bentuk yang lebih autentik,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles