ALOR GAJAH: Seorang penduduk Gadek yang mahu dikenali sebagai Cik Wan menggunakan pantun untuk mengajak pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang ditemui di Gadek, beliau menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum menerusi permainan tradisional konda-kondi dan jamuan ketupat sebelum menyampaikan seruannya kepada pengundi.
“Anak Melayu, Cina, India, Benggali, orang asli,
Bersama-sama bermain konda-kondi.
Lepas bermain makan ketupat bersama di rumah Pak Ali,
Wahai orang Melaka semua keluarlah mengundi,
Pastikan PAS, UMNO menang semua tempat ini kali.”
Ditanya mengenai calon yang disokongnya di Gadek, Cik Wan berkata beliau yakin calon berkenaan mampu menjalankan tugas sekiranya diberi mandat.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan kewibawaan yang dilihatnya ketika mengikuti ceramah calon berkenaan.
“Kita menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap beliau,” katanya.
Cik Wan turut menyampaikan slogan “Putra Harapan, Bersama Pilih BN” sebelum mengulangi gesaannya supaya pengundi keluar mengundi.










