Ungkapan Musuh Allah – Penceramah Bebas Mohon Maaf, Dakwa Ungkapan Disalah Tafsir

KUALA LUMPUR — Penceramah bebas Ustaz Zainul Asri Mohd Romli tampil memohon maaf dan memberikan penjelasannya berhubung kenyataan menerusi video kuliahnya di aplikasi instagram berhubung ucapannya mengenai musuh allah di satu program baru-baru ini.

Zainul Asri berkata beliau tampil menjelaskan ucapannya di program Kedah Berselawat iaitu berkenaan isu musuh allah

Katanya beliau memohon maaf kepada muslimin dan muslimat, rakyat Malaysia yang tersentuh tentang ucapannya

“ sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana- mana kumpulan dan mengaitkan mana-mana parti politik dan kepada sesiapa sahaja “

Yang saya maksudkan di dalam ucapnnya alah mengenai firman allah iaitu tidak akan meredhai golongan yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka katanya

Beliau juga berharap dengan pencerahannya itu akan memberikan keharmonian kepada kita semua umat islam di Malaysia ujarnya lagi

Semalam Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas Zainul Asri Mohd Romli kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya yang membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jalan Dang Wangi itu berkata ucapan yang diungkapkan oleh zainul itu jelas mengaitkan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dengan menyamakan musuh politik dengan musuh Allah, bermaksud musuh politik juga boleh diperangi seperti mana beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

“Ungkapan sebegini adalah satu bentuk hasutan dan jelas boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat dan berbahaya kepada kestabilan dan keselamatan negara serta mengugat ketenteraman awam.

“Perkataan musuh Allah sering kali digunakan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremis bagi tujuan menghasut pengikut mereka untuk bertindak di luar batasan undang-undang. Perkara ini wajib dihentikan segera,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles