Tun M Bersama Pemimpin PAS Adakan Pertemuan

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya petang Semalam.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Abdul Hadi diiringi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta empat menteri besar dari parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah), Datuk Nassuruddin Daud (Kelantan) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis).

“Pelbagai topik telah dibincangkan khususnya mengenai perancangan pembangunan ekonomi di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas.

“Dr Mahathir berpandangan, negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf dengan negeri-negeri yang maju di Pantai Barat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

BBerkaitan

Latest articles