Titah Adendum: Mahkamah Tetap 28 April Keputusan Benar Kerajaan Merayu Atau Tidak

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 April bagi keputusan permohonan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman berhubung titah adendum.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah membuat ketetapan itu selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Terdahulu di awal perbicaraan Mahkamah menolak bantahan Muhammad Shafee ke atas rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan awal tahun ini.

Pada 5 Februari lalu AGC telah memfailkan notis usul memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes berkaitan isu Titah Adendum.

AGC mengemukakan hujah bahawa rayuan itu perlu dibuat kerana terdapat tafsiran undang-undang yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Shafie kemudian membantah keputusan itu.

BBerkaitan

Latest articles