“Timbalan Panglima Perang” KKM Bersara Hari Ini

Selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari, hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Timbalan Ketua  Pengarah Kesihatan Datuk Dr Rohaizat Haji Yon sebagai penjawat awam.

Walaupun Suaranya tidak pernah mengisi sidang media harian mengenai COVID-19, namun tugasnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) tetap sentiasa berada bersama Menteri Kesihatan setiap hari bagi memberikan input kepada Menteri Kesihatan itu.

Rutin setiap pagi  Datuk Dr Rohaizat Haji Yon ( no 2 dari kanan) bersama Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba  serta  Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hishamshah Bin Mohd Ibrahim, (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal) Dr. Norhayati Binti Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit  Dato’ Dr. Norhizan Bin Ismail, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan – Sumber Facebook Rasmi Menteri Kesihatan

Seperti kebiasaan mereka yang bersara wajib yang akan menghabiskan cuti sebelum bersara wajib, namun peranan sebagai seorang Timbalan Ketua Pengarah ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan selama 82 hari ( Fasa PKP I dan II, PKPB) membuatkan beliau harus bertugas bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan hadapan negara.

Rutinnya Seawal subuh beliau sudah keluar rumah untuk bersama pasukan pakar penyakit berjangkit dan pakar penyelidikan KKM berbincang, mencambah minda dan melengkapkan data bersama Dato’ Seri Dr Adham Baba, sebelum Menteri Kesihatan itu dan Ketua Pengarah, Datuk Noor Hisham Abdullah hadir mesyuarat harian Menteri-Menteri berkenaan wabak COVID-19.

Datuk Dr Rohaizat Yon bersama Menteri Kesihatan ketika melawat persiapan pasukan petugas kesihatan di hospital Maeps Serdang.

Bertugas siang dan malam memastikan kesiapsiagaan jururawat, pembantu perubatan, doktor, ambulans, koroner, katil, ventilator, segala jenis ubat, pakaian perlindungan peribadi (PPE), topeng hidung dan mulut, sarung tangan, sarung kasut, apron dan segela peranti tersedia ketika aman mahu pun ketika negara menangani wabak COVID-19.

Kami pasukan editorial mengucapkan Selamat bersara Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM. Perjuangan anda, kami teruskan, sedia membantu yang sakit dan memerlukan.

Semoga terus sihat walafiat, panjang umur dan selamat dunia dan akhirat.

Selamat bersara, hero kami, hero seluruh frontliners dan seluruh rakyat Malaysia, Dr Rohaizat.

BBerkaitan

Latest articles