Zetrix AI Sahkan Sukuk RM25 Juta Masih Tertunggak

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd mengesahkan pembayaran Sukuk Wakalah Siri No. 6 bernilai RM25 juta yang matang pada 6 November lalu masih belum dilunaskan setakat hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan bayaran tertunggak kepada pemegang sukuk secepat mungkin.

Zetrix AI turut menjelaskan jumlah tertunggak bagi nilai nominal dan agihan berkala sukuk berkenaan mewakili kurang lima peratus daripada aset bersih syarikat berdasarkan penyata kewangan teraudit terkini.

Syarikat itu akan mengumumkan perkembangan lanjut sekiranya terdapat maklumat penting berhubung perkara berkenaan.

Makluman itu dibuat susulan pertanyaan Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung laporan The Edge Malaysia pada 6 November lalu yang mendedahkan MARC Ratings menurunkan penarafan sukuk Zetrix AI kepada status ‘kemungkiran’ selepas kegagalan syarikat memenuhi obligasi kewangannya.

BBerkaitan

Latest articles