Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan.

Mangsa, Luo Lili, 34, merupakan pemilik sebuah perniagaan, TriBeluga, sebuah firma perkhidmatan inkubasi yang menghubungkan syarikat permulaan global dengan China.

Tindakan itu diambil kerana kecewa dengan kekasihnya yang enggan mengahwininya selepas mengandungkan bayinya.

Berdasarkan laporan media tempatan Hong Kong, mangsa didakwa mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi perempuannya, Aier.

Polis Hong Kong mengatakan kejadian berlaku di sebuah blok pangsapuri di Yau Ma Tei.

“Siasatan awal mendapati mereka jatuh dari sebuah unit dan tidak ada surat wasiat ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Rakan mangsa mengatakan Luo yang ketika itu mengandung berharap teman lelakinya mengahwininya untuk menghalalkan hubungan mereka, tetapi kekasihnya enggan.

Luo anak perempuan tunggal konglomerat Jinlin Real Estate memiliki projek rumah mewah di China.

Ayahnya berasal daripada keluarga doktor yang mempraktikkan perubatan tradisional China selama enam generasi.

Luo juga graduan lepasan Amerika Syarikat sejak kecil hidup serba mewah dan mempunyai syarikat sendiri sejak 2014.

BBerkaitan

Latest articles