TCL Lancar Mini Led Perkukuh Kedudukan Pasaran di Malaysia

KUALA LUMPUR: TCL, kumpulan industri teknologi global terus memperkukuh kedudukannya bagi tahun 2026 dengan pelancaran sulung proprietarinya iaitu teknologi SQD-Mini LED serta portfolio penuh produk rumah pintar.

Syarikat gergasi teknologi global dengan pendapatan tahunan melebihi RM206 bilion itu menjangkakan langkah itu dapat mengukuhkan fokus TCL terhadap segmen pertengahan hingga premium serta pengembangan pasaran luar negara.

Pengarah Urusan TCL Malaysia, Ms Carolyn berkata penghantaran TV TCL di peringkat global melebihi 30 juta unit pada tahun 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan utamanya dalam kategori Mini LED dan TV skrin besar 98 inci selain TCL turut menguasai 50 peratus pasaran Mini LED global.

Ujar beliau, Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan strategik bagi pengembangan Ekosistem Smart IoT TCL.

“Dengan teknologi SQD-Mini LED, kami bukan sekadar melancarkan produk, kami menetapkan penanda aras baharu bagi teknologi paparan dalam segmen premium.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran Mini-LED telah berkembang pesat dan kadar pertumbuhannya telah mengatasi OLED, menjadikannya teknologi pilihan untuk TV flagship di seluruh dunia.

“Kedudukan perintis dan kepimpinan TCL dalam bidang Mini-LED bukan sahaja mencerminkan pilihan pasaran tetapi juga kekuatan teknologi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, TCL CSOT, sebagai syarikat teknologi paparan semikonduktor global terkemuka, telah melabur hampir RM170 bilion untuk membina rantaian industri bertaraf dunia dan menerajui kepimpinan dari segi teknologi hingga ekosistem, serta mengembangkan teknologi paparan baharu seperti OLED cetakan inkjet, Micro-LED dan Mini-LED.

BBerkaitan

Latest articles