Tanpa Tun M, Kerjasama Dalam PH Masih Teguh, Kata Saifuddin

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan hanya mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah, PKR hari ini mendakwa hubungannya bersama dua parti berkenaan di dalam Pakatan Harapan (PH) masih kuat.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution sambil menambah tiada apa-apa yang mengubah kerjasama mereka meskipun wujud ‘peperangan’ jelas tentang calon perdana menteri.

Tanpa PKR, Mahathir Akan Teruskan Kerjasama Dengan DAP dan Amanah

“Baru dua hari yang lalu saya makan tengah hari dengan (pemimpin DAP) Anthony Loke dan Liew Chin Tong. Saya juga meraikan (pemimpin Amanah) Khalid Samad dan Hatta Ramli.

“Sekadar ada pendapat yang berbeza tentang calon perdana menteri,” katanya memetik temubual bersama akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah.

Dr Mahathir pada semalam memberitahu akan keluar keluar dari gabungan pembangkang berkenaan selepas PKR berterusan menolak dirinya untuk dicalonkan sebagai PM.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu cari cara lain untuk jadi perdana menteri. Mungkin ada cara lain,” demikian memetik temu bual eksklusif bersama Sin Chew Daily semalam.

Saifuddin dalam pada itu memberitahu Dr Mahathir mahukan calon perdana menteri itu datangnya daripada pemimpin parti Melayu.

“Dalam pertemuan pada 9 Jun, Mahathir mengatakan perdana menteri mestilah orang Melayu dan seseorang yang memimpin parti Melayu,” katanya.

Ketidaksetujuan Dr Mahathir terhadap Anwar sebagai calon PM adalah berdasarkan beliau merupakan presiden parti berbilang kaum.

“Bagi saya, itu bukan sekadar kenyataan saja-saja, (kepercayaan) itu ada dalam DNAnya,” katanya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini