Tanding Bebas, BERSATU Bakal Kenakan Tindakan Disiplin Terhadap Ali Biju

 

KUALA LUMPUR: Keahlian dalam BERSATU berkemungkinan akan dilucutkan sekiranya ada dalam kalangan ahlinya bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata mereka yang bertindak sedemikian tidak akan terlepas dengan tindakan disiplin parti.

Apatah lagi selepas Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman rasmi bahawa tiada calon akan bertanding dan hanya membantu memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS), minggu lalu.

“Perlembagaan BERSATU menyatakan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang tegas.

“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Wan Saiful turut memuatnaik keratan akhbar yang bertajuk ‘Ali Biju tanding Bebas’ dalam hantaran yang sama.

Ali Biju merupakan Naib Presiden BERSATU Sarawak.

BBerkaitan

Latest articles