Solat Jumaat, Aidilfitri Secara Bersyarat Di Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat Jumaat diadakan di negeri itu mulai 15 Mei ini, termasuk kebenaran mengadakan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi bagaimanapun berkata pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah tersebut mesti mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Syarat tersebut adalah hanya 12 jemaah sahaja dibolehkan bagi menunaikan solat Jumaat dan Aidilfitri di sesebuah masjid merangkumi imam satu, imam dua, bilal, siak serta lapan individu lain yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid.

Pelaksanaannya akan dipantau oleh jawatankuasa dan agensi keselamatan negeri, malah menegaskan kebenaran akan ditarik balik jika adanya perlanggaran syarat.

Bagi proses akad nikah pula, Tosrin berkata pelaksanaannya berkuat kuasa 17 Mei di pejabat kadi daerah.

Majlis hanya boleh dihadiri enam orang termasuk pengantin, wali dan saksi, katanya menambah seramai 872 pasangan dijangka mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan masing-masing, iaitu mereka yang diberikan kebenaran oleh pejabat kadi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac lepas.

BBerkaitan

Latest articles