Selepas Tun M, Khairuddin Pula Lepas Jawatan Dalam Pejuang, Tak Yakin Dengan Mukhriz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau memberitahu tindakan itu diambil selepas peletakan jawatan bekas Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, diterima parti tersebut pada 15 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan media, Khairuddin memaklumkan bahawa dirinya juga hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden parti berkenaan.

“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama.

“Apabila perletakan jawatan beliau diterima oleh Biro Politik parti Pejuang dan dimaklumkan pada mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pejuang (MEP) Pusat pada 15 Disember lalu, maka kini perkhidmatan saya dalam parti Pejuang sudah tidak relevan lagi.

“Dalam masa yang sama saya juga telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Parti Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan bertarikh semalam.

Pada masa sama Khairuddin juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli MEP Pusat berkuatkuasa serta-merta, dan pembubaran Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak selepas mesyuarat MPN Wilayah Persekutuan pada 9 malam, 19 Disember lalu.

BBerkaitan

Latest articles