Tak Mampu Ganti Pemadam Patah, Budak Perempuan 10 Tahun Tawar Diri Dirogol Dua Rakan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan dua rakan lelakinya sebagai ‘balasan’ tidak mampu menggantikan pemadam yang dipatahkannya.

Hal itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika berlangsungnya forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) pada Selasa.

Kejadian tersebut dilaporkan pada tahun lalu.

Mohd Shuhaily berkata, budak perempuan itu dikatakan tidak cukup wang untuk menggantikan pemadam yang dipatahkannya dengan pemadam baharu.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, tiada kes difailkan memandangkan kisah kanak-kanak tersebut disifatkan tiada liabiti jenayah.

“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah,” katanya.

Ujar beliau, timbalan pendakwa raya juga telah dirujuk, namun tiada bukti yang dikemukakan.

“Kejadian itu berlaku tahun lalu dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, secara umumnya, kes rogol menunjukkan peningkatan saban tahun termasuk yang membabitkan individu bawah umur.

“Kita boleh lihat (peningkatan) selepas pandemik Covid-19 kerana ramai orang berurusan melalui media sosial dan selepas ia berakhir, semuanya (kes) meningkat.

“Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles