Selain Sembelit, Tabiat Tahan Berak Boleh Bawa Maut!

“Tunggu dululah, sampai rumah nanti selesa sikit nak membuang.”

“Alamak, tandas penuh, tahan dululah!”

Haa, ini antara alasan ramai orang cenderung untuk menahan diri daripada membuang air besar.

Sebenarnya ramai yang tak tahu tabiat suka tahan berak ini amat bahaya dan boleh mempengaruhi tahap kesihatan sehingga menyebabkan komplikasi jangka panjang.

Masalah sembelit boleh terjadi jika najis yang tidak dibuang akan berkumpul.

Satu kajian telah dilakukan pada 2015, yang mana dapatan terhadap tabiat ini akan mengakibatkan keradangan kolon seterusnya meningkatkan risiko mendapat kanser.

Bukan sekadar orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami sembelit sekiranya tidak mengamalkan corak pemakanan yang baik.

Apabila keradangan berlaku, bukan sahaja najis yang dikeluarkan malah sisa yang terdapat dalam salur pencernaan akan turut dinyahtinjakan.

Ini boleh berlaku apabila usus tersumbat atas sebab tertentu, kerana ia menghalang benda daripada bergerak melalui badan dengan betul.

Difahamkan beberapa kes kronik sehingga mengakibatkan kematian telah berlaku akibat daripada perbuatan menahan diri daripada membuang air besar.

BBerkaitan

Latest articles