” Husnozon ” kata Ahmad Zahid Dalam Kes MB Perlis

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menasihatkan semua pihak tidak berprasangka berkait tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Menteri Besar Perlis Shukri Ramli.

Bercakap kepada pemberita dalam sebuah majlis, Zahid berkata kerajaan menyerahkan perkara itu kepada SPRM yang akan menentukan sama ada kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jika ada asas, kita serahkan kepada mahkamah. kita tiada kena mengena dengan apa-apa yang berlaku selepas ini.

“Oleh itu saya cakap husnuzon (bersangka baik terhadap Shukri) dalam perkara ini,” katanya lapor portal FMT

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Shukri dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM, di sini, bagi siasatan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009.

SPRM merakamkan keterangannya berkait dakwaan terhadap diri dan anaknya.
Anak Shukri dan empat individu lain ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen bagi tuntutan projek infrastruktur bernilai RM600,000, minggu lalu.

BBerkaitan

Latest articles