Perbincangan Polis, Peguam Negara Akan Tentukan Nasib 10 Tahanan SOSMA Kes Warga Israel

KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara pada minggu ini bagi menentukan nasib 10 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam kes melibatkan elaki Israel, Mavitan Shalom.

Terdahulu Shalon ditahan pada 27 Mac lalu kerana mempunyai senjata api dan peluru hidup.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan dan warga asing itu masih ditahan selama 28 hari tanpa bicara di Bawah SOSMA sejak 19 April lalu.

“Kita ada 10 tahanan di bawah SOSMA iaitu tujuh orang tempatan dan tiga lagi adalah warga asing (Georgia, Amerika Syarikat dan Türkiye).

“Untuk warga tempatan tempoh tahanan tamat 14 Mei depan manakala untuk warga asing tempoh tahanan di Bawah SOSMA adalah sehingga 15 Mei ini.

“Jadi, pada minggu ini kita akan mengadakan perbincangan untuk kes ini, mungkin kita akan membuat keputusan dalam kes berkenaan nanti,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Antara yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu adalah Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Datuk Alzafny Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Tambah Rusdi, perbincangan itu akan diadakan bersama semua pihak yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia dan juga Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Insya-Allah dalam minggu ini…sama ada kita tuduh mereka jika ada bukti atau dibebaskan jika tiada bukti atau usir mereka (tiga tahanan asing).

“Tinggal tiga hari dalam minggu ini tapi bukan hari ini perbincangan itu…perbincangan membabitkan semua pihak (AGC),” tegasnya lagi.

Pada 19 April lalu, Rusdi telah mengesahkan 10 suspek dalam kes lelaki Israel bersenjata api telah ditahan semula di Bawah SOSMA selama 28 hari bagi membantu siasatan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles